Pengenalan



Cetusan idea untuk menubuhkan sekolah Tahfiz ala madrasa moden di Bangi telah lama diinginkan kerana ketiadaan sekolah rendah tahfizseumpamanya.  Dengan izin Allah S.W.T,dan dengan satu matlamat yang jelas--yakni atas kesedaran perlunya diwujudkan sebuah sekolah rendah tahfizyang berpandukan dan yang mendahulukan Al-Quran & As-Sunnah – maka perbincangan  bermula pada awal bulan Mei 2011. Kami bersetuju sekolah tahfiz ini amat perlu diwujudkan atas kesedaran bahawa perubahan arus dunia kini berkiblatkan barat semakin menghakis pemahaman tentang konsep di kalangan generasi Islam kontemporari. Walaupun dunia makin maju, namun umat Islam semakin mundur. Begitu juga, sungguhpun Al- Quran diturunkan untuk semua, tetapi hanya segelintir yang membaca apatah lagi yang menghafaz dan memahaminya. Ini seolah-olah mencerminkan kegagalan kita mendidik atau mungkin juga kegagalan sistem pendidikan sedia ada dalam membentuk sahsiah anak-anak yang sepatutnya beracuankan Islam, sebagai satu cara hidup. Atas kelompongan ini, maka lahirlah sekolah tahfiz di peringkat rendah ini dikenali dengan namaSekolah Rendah Tahfiz Bangi (Bangi Elementary School of Tahfiz – B.E.S.T.) iaitu di bawah kategori Institusi Tahfiz Persendirian/Swasta (Tahfiz sahaja) sekolah tahfiz sepenuh masa.




HAKMILIK B.E.S.T@2013

No comments:

Post a Comment